OGOS 2022

Peranan Sarawak Dalam Perjanjian Grid Kuasa Asean Dibincang


PUTRAJAYA: Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan mengetuai delegasi Kerajaan Sarawak mengunjungi Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Perdana Putra, di sini.

Kunjungan itu untuk memberi taklimat kepada Perdana Menteri berhubung Perniagaan Sarawak di ASEAN dalam Sektor Tenaga Diperbaharui.

Antara perkara dibincang ialah peranan Sarawak bagi memenuhi komitmen Malaysia dalam Perjanjian Grid Kuasa Asean yang ditandatangani 2007.

Pertemuan tersebut turut menyaksikan pembentangan projek yang dirancang oleh Sarawak dalam sektor tenaga bersama negara Asean seperti Singapura dan Indonesia.

Awang Tengah turut memohon sokongan Perdana Menteri supaya projek-projek ini dapat dibawa ke perbincangan di peringkat antara kerajaan iaitu Kerajaan Malaysia, Indonesia dan Singapura.

Turut hadir Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar, Dr Hazland Abang Hipni, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sarawak Energy, Datu Sharbini Suhaili, Pengarah Unit Perancang Ekonomi Sarawak Datu Dr Mohammed Abdullah Zaidel, Penasihat Mintred, Dato Naroden Majais dan Timbalan Peguam Besar Negeri Sarawak, Saferi Ali.

Sumber dari : Jiwa Bakti